AZIZAH MUSA
D20102043953
PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH
http://i.mnpls.com/439/43917.gif

Friday 9 December 2011

SOLAT EXSPRES

JOM  TENGOK.... TENGOK SAHAJA ..JANGAN IKUT YER...
ANAK- ANAK NE KENA TUNJUK JUGA YANG SALAH...Agar mereka lakukan yang terbaik......

Cara solat yang tak perlu diikuti...

Anak-anak ku jangan ikut yer....


 Berdiri tak betul...tu..
 sujud....


Sebagai contoh....

Monday 5 December 2011

Prasekolah...alam belajar .bermulanya di sini... ....

Prasekolah bermula dengan guru-guru yang ceria.... Pengalaman bersama mendidik anak-anak kecik sangat perlukan kesabaran, ketabahan, kerajinan agar anak-anak terdidik dengan amalan yang baik... Tahniah sahabat- sahabatku....

Saturday 3 December 2011

Makanan berkhasiat untuk murid - muridku...

Diantara makanan yang menguatkan ingatan ialah:-

1. Madu lebah diminum dengan sudu plastik. Surah al-Nahl ayat 68 , Allah menjelaskan bahawa madu yang keluar daripada lebah berperanan sebagai ubat bagi pelbagai jenis penyakit .

2. Tamar
3. Habatus sauda'

4. Kacang soya dan produknya seperti tempe dan air soya.

5. Kismis ( hitam ) dimakan 21 biji

6. Sayur brocolli
 
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTni7XmAMbThhua3snbBBqGUMsTH1Qt27L3IM-4B4RUcqq45WC-tQ
 
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTni7XmAMbThhua3snbBBqGUMsTH1Qt27L3IM-4B4RUcqq45WC-tQ

Monday 28 November 2011

Adab selepas makan



1. Makan sehingga habis makanan yang diambil,..
2. Jangan mencaci makanan seperti mengatakan makanan ini tidak sedap.
3.Kutip sisa makan.
4. Basuh tangan dan peralatan makan.
5. Lafazkan Alhamdulillah..

Sunday 20 November 2011

Belajar doa sebelum makan........

                                             
                                           MARI BERDOA BERSAMA TILMIZ.....

Adab -adab makan

 
Adab - adab sebelum makan.... 
1. Baca Bismillah & Doa sebelum makan....
2. Basuh tangan pergelangan tangan kiri dan kanan - semoga Allah mudahkan bayar hutang sebelum meninggal.
3. Berkumur - kumur  - semoga Allah permudahkan kita menyebut kalimah syahadah...
4. Menghampar seperah @ lapik makanan.



Thursday 10 November 2011

Adab dengan Guru..

Cikgu Rozita......

Cikgu tunjuk ajar
Adabnya antara lain adalah seperti berikut:
1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.
2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu.
4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.
6. Hindari daripada menyinggung perasaan guru.
7. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu.
8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru.
9. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik.
10. Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru

Wednesday 9 November 2011

Cantik untuk dihayati......



"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."

Mendidik anak...... di sekolah dari...prasekolah lagi

Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan ” Insan Rabbani” yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.

Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

Pemberian Hamper.....prasekolah SKSC....



 Setelah melebihi 11 tahun bersama pengalaman & pengajaran diperolehi.....

kenangan bersama terus tersemat dalam memori.....




Kenangan bersama Prasekolah SKSC


 Saatku melangkah pergi meninggalkan kenangan bersama anak-anak di SKSC.... perjuangan perlu diteruskan..... Terima Kasih....

Masih segar diingatan....Seribu kenangan tak mungkin di lupakan....

Cara- cara berwuduk.....

1. Berniat dalam hati" Sahaja aku mengambil air sembahyang kerana Allah Taala"
2. Membasuh muka dengan air. 
3. Basuh tangan hingga sampai dengan kedua siku.
4. Sapu sebahagian kepala, cukup sekali saja 
5. Basuh kaki hingga sampai dengan kedua mata kaki.
( sunat 3 kali ).

Pendidikan Islam prasekolah - mari berwuduk

Kenangan ke Taiping (Prasekolah SKSC)

mikro- set induksi

Rukun Iman


Rukun Iman
 1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Rasul
3. Percaya kepada Malaikat
4. Percaya Kepada Kitab
5. Percaya kepada Hari Kiamat
6. Percaya kepada Qada' dan Qadar





Monday 24 October 2011

Mari Berdoa ...Allah Maha memperkenankan doa..

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:



Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Tuesday 18 October 2011

SELAMAT BELAJAR

Ini kali pertama saya menceburi diri dalam bidang blog...

LAWATAN KE PUSAT PEMBIAKAN TUNTUNG...